Gangguan Jin

Allah Taala berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (al-Baqarah: 286)

Sejak bergelar ustaz di sarawak, cubaan sering datang. Semasa belajar di UTM dahulu, aku banyak mengandai-andaikan sahaja, jika bergelar ustaz pasti akan kena lakukan ini dan itu, nahh...sekarang semua mimpi-mimpi dahulu diterjemah dalam bentuk realiti. Walaubagaimanapun, ianya tidaklah terlalu berat bagi ku kerana sedikit persediaan sudah dilakukan, justeru pergerakan dan perkhidmatan yang aku diberikan kepada anak-anak bumi kenyalang ini tidak terlalu sumbing dan kekok.

Subhanallah....Secara zahir dan batinnya, aku ini tidaklah terlalu waraq dan thiqah jika nak dibandingkan dengan syeikh-syeikh, maulana-maulana dan guru-guru mursyid yang ada di Nusantara ni, tapi aku sentiasa berusaha menjadi yang terbaik walaupun kadang-kadang hayut juga dipersimpangan.

Alhamdulillah...Dikesempatan ini, suka dikongsi bersama pengalaman aku menghalau jin.

Pengalaman berdepan dan bersemuka dengan pesakit yang sedang diganggu jin memang belum ada, di sinilah bermulanya sedikit kemahiran dan pengalaman. Kebiasaannya isnin malam selasa selepas isyak aku bermain badminton di dewan orang ramai. Sebaik sahaja pulang ke rumah, ustaz Bukhari telifon memaklumkan ada gangguan di asrama, seramai 3 pelajar perempuan terlantar di dewan makan. Wah! aku tergamam sekejap, lidah kelu tanpa ayat dan perkataan. Bukhari minta aku ke dewan segera... aku mencari helah baru pulang dari dewan badminton dan minta berikan sedikit masa untuk bersih diri terlebih dahulu, dikesempatan inilah aku tunaikan solat sunat hajat, sunat istiqarah dan membaca tiga Qul serta melumurkan keseluruh anggota badan sebagai pendinding dari gangguan.

Sebaik sahaja sampai, kelihatan ustaz Bukhari sudah keletihan... keadaan budak pertama raung dan menangis teresak-esak apabila dibaca keratan-keratan ayat al-quran... keadaannya tidak berubah, hingga kami hilang akal dan idea, akhirnya budak pertama ini kami arahkan dibawa ke hospital untuk ditenangkan.

Budak kedua pula diam seribu bahasa, matanya terbuka tanpa berkelip-kelip...kami membaca beberapa ayat dan selawat, tetapi dia masih kaku tanpa berkata-kata. Pada saat ini, aku hanya sebagai pemotivasi ustaz Bukhari, aku sekadar melihat dan memberi idea.... heheheee

Budak yang ketiga pula seperti mati, mata tertutup rapat, badan keras tidak bergerak... aku 'test power' aku baca ayat kursi ditambah dengan 3 Qul 3x... aku tiupkan pada air kosong dan kemudian renjiskan ke wajahnya...alhamdulillah dia tersedar dan matanya terbeliak.. aku azan ditelinganya.. dia menjerit dan meraung....oooooo........

Emmmm......keadaan kedua-dua pelajar tersebut berlanjutan hingga ke jam 2.30 pagi (lebih kurang) dan akhirnya jin tersebut berjaya keluar dengan rela hati dari badan budak tersebut (setelah hampir 2 jam perbincangan)....katanya anak jin arahkan beliau pulang ke rumah, meremang bulu roma kami masa tu.. kami sengaja tanya di mana kedudukan anak jin tersebut? dia tujukan telunjuknya ke arah belakang kami perlahan-lahan!! wahhhh.....babak ni yang paling seram, terutamanya bila tangannya terangkat secara spontan dan mengeluarkan jari telunjuknya!!!! uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..uuuuu....

Selesai sudah dua orang budak...kini kembali kepada budak yang pertama...semasa membawa pulang budak pertama dari hospital ke asrama, aku dengar nyalakan anjing kiri dan kanan...bulu roma naik. Aku tenung budak pertama tadi, gayanya seperti orang gila dan sakit. Apabila dipanggil nama, tiada sebarang sahutan. emmmmmm.... mission not complete yet. Sekali lagi aktviti menghalau jin dijalankan...pelbagai kaedah dilakukan...tapi kali ini sekejap sahaja...alhamdulillah, semua selesai jam 3.00 pagi (lebih kurang)! "Mission Complete"

Apabila difikir-fikirkan, aku kembali sedar bahawa Allah Taala itu sentiasa menguji hambanya...Pengalaman ini memberi kesan yang baik pada diri ku...
1. Aku bertambah yakin akan kuasa dan kehendak Allah
2. Aku mulai yakin dengan alam ghaib
3. Apa yang penting aku perlu perlu lebih bersedia senjata-senjata seperti zikir-zikir dan ayat-ayat mathur

Allahuakhbar!!!!

0 comments: