Hati-Hati Dengan 'Syaitan'

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala" (Fathir: 6)

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada sahabat-sahabat semua. saya harap kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Seperti biasa, bila tiba masa untuk bekerja, hati ni rasa berat sikit... rasa sekejap sahaja masa berlalu, kalau diikutkan perasaan, mahu je duduk di rumah 2,3 minggu lagi, tapi apa kan daya...

emmm....Sebelum terbang ke Sarawak, saya sempat singgah di book stor KLIA, saya teruja dengan sebuah buku yang boleh tahan isinya.. topik-topiknya mengkhusus dan tidak panjang berjela, juga mudah untuk difahami. Judul buku "Nilai-nilai Moral Dalam al-Quran" oleh Harun Yahya. Suka dikongsi dengan sahabat-sahabat tajuk kecil 'cubaan syaitan yang tidak pernah berakhir'.

...........................zassss..............

Asasnya, makhluk ciptaan Allah yang bergelar syaitan itu dicop sebagai penderhaka Allah swt. Mereka itu memberontak di hadapan Tuhan dan memohon agar diberi peluang untuk menyesatkan manusia seluruhnya. Ini kerana pada mereka punca seluruh kaum syaitan itu diazab di dalam api neraka adalah kesan dari penciptaan manusia itu sendiri.

"Iblis menjawab: kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)" (al-A'raf: 16-17)

Kita dapat lihat betapa sombong dan bongkaknya si syaitan dan sekutunya. Tidakkah mereka itu sedar betapa agong dan mulianya Pencipta sekalian alam ini? kalaulah Allah swt itu cabut dan putuskan nyawa mereka, sudah pasti sekelip mata mata sahaja 'segala yang cerah menjadi gelap gelita'.

Walaubagaimanapun, itulah perancangan Allah swt, apa yang kita suka itu jangan disangka baik, bahkan yang kita tidak suka itu jangan disangka buruk. husnuzannlah kita pada segala perancangan Allah swt, Dia pasti merancang yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang beriman. Keberadaan syaitan di hadapan, belakang, kanan dan kiri kita hari ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi, Allah wa rasuluhu aglam

Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita harus sama-sama berusaha menambah ilmu dan rendahkan diri dalam apa jua keadaan. Senang, susah, gembira, sedih dan sebagainya. Ini kerana baik itu rezeki, buruk itu pun rezeki, fikiran kita sahaja merasakan yang buruk itu membebankan dan sering menyalahkan takdir (Tuhan). nauzubillahi min zalik... Hakikatnya, syaitan itu sentiasa akan menyesatkan manusia dengan cara apa sahaja, antaranya mengganggu fikiran dan emosi manusia itu sendiri hingga hilang rasa syukur kepada rezeki yang sedikit mahupun banyak, senang mahupun susah..

"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah) lalu benar-benar mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata" (an-Nisa: 119)

Cuba kita lihat betapa jelasnya agenda syaitan laknatullah, perjanjian yang mereka meterai di hadapan Tuhan dahulu sudah nampak kesannya, sejak dahulu mahupun sekarang. Cuma sifat 'lupa' manusia itu sahaja yang menutup segala keburukan yang pernah dilakukan oleh mereka. Jesteru itu, Allah swt turunkan al-Quran sebagai panduan dan ingatan "zalikal kitabula raibafihi hudal lilmuttaqin" buat hamba-hambaNya yang beriman agar memperuntukkan masa bagi koreksi diri, keluarga, masyarakat dan negara, moga tidak terus terpedaya dan terpesona dengan hasutan dan godaan nafsu dan syaitan.

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu) kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengejak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala" (Fathir: 6)

Justifikasinya, sama-sama lah beb...kita usaha perbaiki diri....