Istiwa Matahari : 16 Julai 08 (5.28ptg)

Allah Taala berfirman ertinya “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan dan kebijaksanaanNya) bagi orang-orang yang berakal” (Ali Imran : 190)

Fenomena istiwa matahari adalah salah satu tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Ilahi. Fenomena yang dikenal juga sebagai Istiwa A’dhim (Istiwa Agong) ini berada tepat di titik Zenith (Ghayah) semasa Istiwa (Tengahari/ Rembang). Peristiwa ini berlaku dua kali dalam setahun, iaitu pada tarikh dan masa apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud Mekah. Pada ketika itu, bayang-bayang objek tegak yang terhasil di seluruh dunia akan membetuli arah kiblat, lantas memberi peluang kepada ummat Islam menyemak arah kiblat dari tempat masing-masing. Fenomena yang istimewa dan mengagumkan ini membolehkan kita, umat Islam menentukan atau menyemak arah kiblat masjid, surau dan juga rumah kediaman.

Panduan menentukan arah kiblat premis anda ialah seperti berikut : Pertama, tentukan tarikh dan waktu di Malaysia, iaitu pada 28 Mei 2008, Rabu bersamaan 22 Jamadilawal 1429h pada jam 5.16ptg dan pada 16 Julai 2008, Rabu bersamaan 13 Rejab 1429h pada jam 5.28ptg. Kedua, pilih satu tempat yang hendak disemak arah kiblatnya dan pastikan ia tidak terlindung dari sinaran cahaya matahari. Ketiga, pacakkan satu tiang di kawasan itu dan pastikan ia tegak 90 darjah dan lurus. Keempat, pada waktu yang dinyatakan, tentukan arah bayang yang terhasil daripada tiang tersebut. Kelima, arah kiblat anda adalah arah yang bertentangan dengan bayang yang terhasil daripada tiang itu.



Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan ini, arah kiblat ialah arah yang menghala ke barat, selari dengan bayang yang terhasil. Selain dari menggunakan tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat menggunakan kaedah ini.

Sila rujuk : Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Tingkat 6 Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah. (Tel: 04-731 2800 / Faksimili: 04-732 0807)

Computer Based Learning (CBL): Islamic Corpse Management

ABSTRAK

Kesan dari perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), telah muncul suatu kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih efektif dan interaktif, menggantikan kaedah tradisional ’chalk and talk’ yang dikenali sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Seiring dengan itu, sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah direkabentuk di bawah tajuk Pengurusan Jenazah mengikut sukatan KBSM Pendidikan Islam Tingkatan Tiga. Tujuan perisian ini dibangunkan adalah untuk membantu guru-guru Pendidikan Islam meningkatkan kualiti P&P mereka, dan pada masa yang sama sebagai panduan dan bahan untuk mengulang kaji pelajaran di sekolah atau di rumah oleh para pelajar. Perisian ini dibina dengan menggunakan Bahasa Gubahan Macromedia Authorware 7.0 dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere Pro 1.5, Macromedia Flash MX dan Swish Max. Perisian ini mengaplikasikan prinsip pembelajaran konstruktivisme dan perancangan rekabentuknya berdasarkan model aliran kerja ADDIE. Bagi memastikan kualiti perisian mengikut piawaian, ia telah dinilai oleh dua orang pakar multimedia.

To see more, click here : Pembelajaran Berbantukan Komputer: Pengurusan Jenazah